Sunday, October 23, 2011

SYARAT PERTANDINGAN KAWAD PASUKAN KADET REMAJA SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

SYARAT PERTANDINGAN KAWAD PASUKAN KADET REMAJA SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN 2012

1. PENYERTAAN

1.1 Penyertaan adalah terbuka kepada semua anggota Pasukan Kadet Remaja Sekolah yang masih bersekolah dari semua sekolah-sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.

1.2 Hanya dua pasukan sahaja akan mewakili sesebuah negeri bagi pertandingan peringkat kebangsaan (satu pasukan bagi setiap kategori).

a. Kategori lelaki

b. Kategori perempuan

1.3 Kontinjen yang menghantar kurang daripada 2 pasukan, pasukan tersebut akan hanya menyertai kategori yang berkenaan sahaja.

1.4 Platun-platun yang bertanding di peringkat negeri dan kebangsaan boleh dianggotai oleh pelajar-pelajar dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa buah sekolah.

2. PENDAFTARAN

2.1 Anggota pasukan dan ketua platun mestilah terdiri daripada pelajar yang sedang menuntut.

2.2 Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang daripada 31 orang dan tidak melebihi 37 orang termasuk seorang ketua platun dan anggota simpanan.

2.3 Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh pelajar lelaki atau perempuan sahaja. ( Platun campuran lelaki dan perempuan tidak dibenarkan)

2.4 Setiap peserta diminta membawa Kad Pengenalan / salinan sijil kelahiran yang disahkan (Pengetua) untuk tujuan penyemakan.

3. PAKAIAN

3.1 Pakaian anggota pasukan dan ketua platun hendaklah pakaian rasmi Kadet Remaja Sekolah (Pakaian No: 4 – pakaian kawad dan aksesori yang disenaraikan sahaja (pelapik beret,jambul,mafli,lencana poket,kolar dot dan sarong tangan )

4. PADANG KAWAD

4.1. Keluasan litar pertandingan kawa ialah 35 meter x 25 meter ( rujuk pelan )

5. JANGKA MASA PERSEMBAHAN

5.1 Masa Persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 17 minit. Pemberian markah diberi bila platun bergerak masuk ke padang kawad dan berdasarkan persembahan dalam tempoh yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari padang kawad. Selepas 17 minit persembahan tidak dinilai dan markah tidak diberi.

5.2 Masa persembahan diambil kira bermula dari hukuman “ BUKA BARISAN ” sebelum melapor kepada ketua hakim. Persembahan terbahagi kepada 2 bahagian: Kawad Asas dan Kawad Formasi.

5.3 Persembahan hendaklah merangkumi kedua-dua bahagian tersebut dan didahului oleh kawad asas.

5.4 Isyarat akan dibunyikan:

a) pada minit ke 15

b) tamat masa

6. PELAKSANAAN PERTANDINGAN

6.1 PERGERAKAN KAWAD

a) Semua pergerakan kawad asas mestilah mematuhi kawad Kadet Remaja Sekolah yang telah ditetapkan.

6.2 BILANGAN ANGGOTA

a) Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 orang termasuk ketua platun ketika bertanding. Mana-mana pasukan yang anggotanya kurang atau lebih daripada 31 orang akan dibatalkan penyertaannya.

b) Jika ada anggota yang bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan, atas apa jua sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada yang ditetapkan maka markah akan ditolak ( iaitu ditolak 5 markah bagi setiap anggota yang kurang). Sekiranya lebih dari 3 peserta yang tidak dapat meneruskan pertandingan, maka pasukan tersebut akan dibatalkan penyertaan.

c) Tiada sebarang penggantian anggota ketika pertandingan kawad sedang berjalan. Penggantian hanya boleh dilakukan sebelum pertandingan kawad dijalankan untuk setiap pasukan dengan kebenaran pihak penganjur atas alasan yang munasabah.

6.3 PEMERIKSAAN KEKEMASAN PAKAIAN

a) Semua platun akan bersedia untuk pemeriksaan kekemasan pakaian sebelum masuk /giliran pertandingan dijalankan.

( 15 minit sebelum giliran pasukan masuk ke padang kawad )

6.4 KAWAD ASAS

a) Platun dibawa masuk oleh ketua platun ke padang kawad dalam 3 barisan berjalan, dalam masa cepat jalan dan berhenti di hadapan (di tengah-tengah) ketua hakim dengan kelajuan 128 - 135 langkah seminit. Kelajuan yang lebih atau kurang daripada yang ditetapkan tersebut akan dikenakan penalti markah.

b) Menghadap ke hadapan ( Hukuman : Menghadap ke hadapan ...........kanan/kiri pusing. )

c) Jadikan dua barisan (Hukuman: Jadikan, dua...barisan)

d) Buka barisan (Hukuman: Buka Barisan…….Gerak )

e) Hukuman secara statik (Hukuman: Ke kanan lurus……….pandang depan)

f) Melapor - Ketua Platun melapor kepada Ketua Hakim. Semasa Ketua Platun melapor, skuad akan berada dalam keadaan sedia dan buka barisan.

( Assalamualaikum tuan, Pasukan Kadet Remaja Sekolah L4 ....... siap untuk diuji, tuan)

g) Platun diwajib melakukan semua pergerakan kawad statik daripada pergerakan berikut :

i) Bergerak ke kiri; kiri.........pusing.

ii) Bergerak ke kanan ; belakang…pusing.

iii) Menghadap ke belakang ; kanan......pusing.

iv) Menghadap ke hadapan ; belakang......pusing.

V) Tutup barisan...gerak.

vi) Jadikan tiga....barisan.

vii) Ke kanan....lurus. Pandang....depan.

h) Hukuman bergerak ke kiri diberi (Bergerak ke kiri.... Kiri pusing).

i) Berjalan dalam masa cepat jalan (satu pusingan, semasa membelok hukuman kiri belok diberikan) Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (2).

j) Hukuman ”tukar langkah perlahan” diberikan setelah platun melepasi kon D dan sebelum kon A (Perlahan jalan langkah 60-70 langkah dalam satu minit)

j) Hukuman kiri belok diberikan di kon F (kon hijau) dalam pusingan pertama dan hukuman ”menghadap ke hadapan; kanan pusing” diberikan apabila anggota platun selesai membelok. Platun akan perlahan jalan dalam keadaan barisan melintang melintasi para hakim.

k) Sebelum melintasi garisan kon B dan kon C, platun dikehendaki melakukan pergerakan berikut mengikut urutan:

i. Buka barisan

ii. Pandang kanan

iii. Pandang depan

iv. Tutup barisan

l) Sebaik melintasi garisan kon B dan kon C, hukuman ”bergerak ke kiri; kiri pusing” diberikan.

m) Hukuman ”tukar langkah cepat, cepat jalan” diberikan setelah platun berada antara kon C dan kon D.

n) Skuad akan berjalan sehingga ke kon E (kon hijau) dan belok ke kiri diikuti dengan pergerakan kawad mengikut urutan di bawah sehingga selesai (Rujuk Lampiran Pelan Litar Pertandingan (3):

i. Hormat ke kanan, hormat

ii. Hormat ke hadapan hormat

iii. Tukar langkah semasa berjalan

iv. Hormat selaku terima sijil

v. Tukar langkah perlahan, perlahan jalan

vi. Bergerak ke kanan, belakang pusing

vii. Tukarlangkah cepat, cepat jalan

viii. Bergerak ke kiri, belakang pusing

ix. Menghadap ke belakang, kiri pusing

x. Menghadap ke hadapan, belakang pusing

xi. Hentak kaki

xii. Henti

xiii. Mara mengadap

o) Ketua platun akan bersama skuad semasa mara mengadap ( 11 langkah ). (Hukuman: Skuad akan mara mengadap, dari tengah, cepat……….jalan).

p) Tamat bahagian kawad asas.

Catatan (1):

1. Semasa kawad asas, tidak ada suara dari anggota platun, hanya hukuman ketua platun sahaja (contohnya anggota platun / skuad menyebut kiraan masa kanan / kiri semasa berjalan, adalah TIDAK DIBENARKAN).

2. Ketua Platun memberi arahan secara statik dan mengadap ke arah skuad semasa keseluruhan Kawad Asas. Semasa mara mengadap Ketua Platun akan masuk ke padang kawad dan akan mara mengadap bersama anggota platunnya.

3. Setiap pergerakan yang dilakukan selain dari yang dinyatakan di atas akan ditolak 5 markah.

4. TIDAK DIBENARKAN menggunakan sebarang alatan semasa membuat persembahan.

5. Isyarat tamat masa pertandingan akan diberi oleh penjaga masa.

6.5 PERGERAKAN MEMBENTUK FORMASI

a) Sebaik sahaja tamat mara mengadap, platun dibenarkan bergerak ke tengah-tengah gelanggang dalam pergerakan kawad sebelum memulakan persembahan formasi mengikut kreativiti platun masing-masing.

b) TIDAK BOLEH memberi isyarat dalam bentuk pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up atau ‘pssss’ bagi mengendalikan platun dalam setiap formasi kecuali isyarat permulaan formasi pertama sahaja (seperti hentak kaki, up atau ’psss’) daripada ketua platun adalah dibenarkan.

c) Unsur suara dibenarkan kepada platun tetapi bukannya bertujuan untuk memberi hukuman / arahan kepada permulaan kawad formasi.

d) Ketua platun boleh masuk dalam persembahan formasi. ( Ketua Platun yang tidak masuk dalam persembahan formasi, tidak akan dinilai untuk pemilihan Ketua Platun Terbaik )

e) Setiap skuad / platun dikehendaki mempersembahkan 4 formasi yang berlainan. ( Pergerakan setiap Formasi hendaklah ditamatkan dengan skuad / platun berada dalam 3 barisan menghadap ke hadapan disusuli pergerakan ke kanan lurus dan pandang depan )

f) Pergerakan selain daripada kawad ( contoh silat, tatu dll.) dibenarkan tetapi tidak melebihi 5 pergerakan.

g) Pergerakan hormat (tabik) hanya untuk hormat sahaja iaitu mengikut prosedur

tabik yang sebenarnya. Contoh seperti tabik sambil mencangkung atau dengan

sebelah kaki atau seumpamanya tidak dibenarkan sama sekali.

g) Penalti (5 markah) akan diberikan untuk kesalahan-kesalahan berikut :

i) Keluar kawasan

ii) Memberi isyarat dll.

6.6 MELAPOR KELUAR

a) Ketua Platun dikehendaki melapor sebelum keluar padang kawad.

( Bahasa hukuman : Assalamualaikum/ selamat pagi/petang tuan, kebenaran meneruskan tugas……………tuan. )

6.7 PENGHAKIMAN
a) Hakim terdiri daripada pegawai / jurulatih KRS yang berkelayakan dari setiap

negeri bagi kedua-dua kategori lelaki dan perempuan.

b) Untuk pengiraan markah keseluruhan pasukan, jumlah markah semua hakim akan dipuratakan.

c) Untuk Pertandingan Kawad kaki Pasukan Kadet Remaja Sekolah ( KRS) hakim terdiri daripada wakil Kadet Remaja Sekolah (KRS) sahaja.

d) Sekiranya berlaku persamaan markah, di antara pasukan-pasukan, markah kawad dinamik akan menjadi penentu. Jika markahnya sama juga, markah kawad statik akan diambil kira, Sekiranya masih sama, markah formasi diambil kira.

e) Setiap satu item yang tidak berada pada kedudukannya (pakaian), ketika kawad dinamik atau formasi ditolak 1 markah untuk 1 item.

f) Peratusan pengiraan markah keseluruhan pasukan adalah seperti berikut:

i. Persediaan (pakaian) : 15 %

ii. Kawad asas : 40 %

iii. Kawad formasi : 40 %

iv. Ketua platun : 5 %

g) Keputusan hakim adalah muktamad.

6.8 PEMARKAHAN KETUA PLATUN

a) Pemarkahan ketua platun akan diadili oleh hakim-hakim yang dilantik. ( Menggunakan borang pemarkahan Ketua Platun ).

6.9 PERINGKAT PERTANDINGAN

a) Pertandingan akan dijalankan pada 4 peringkat iaitu :

i. Peringkat Sekolah

ii. Peringkat Daerah / Zon

iii. Peringkat Negeri

iv. Peringkat Kebangsaan.

No comments:

Post a Comment