Tuesday, May 1, 2012


PERTANDINGAN KAWAD KREATIF 1.0
PASUKAN BADAN BERUNIFORM
SEKOLAH-SEKOLAH MALAYSIA

25 MEI 2012
SEMPENA HIMPUNAN JUTAAN BELIA-PUTRAJAYA 2012

 Disediakan oleh:
Bahagian Kokurikulum dan Kesenian
Kementerian Pelajaran Malaysia

      TAJUK       :           PERTANDINGAN KAWAD KREATIF  1.0

MATLAMAT:          Mewujudkan integrasi kesepaduan dan keakraban antara
ahli-ahli kadet menerusi aktiviti bersama ke arah membantu perkembangan dan pembangunan pasukan pakaian seragam sekolah-sekolah di Malaysia secara khususnya dan mewujudkan integrasi antara kaum di Malaysia secara amnya.   

OBJEKTIF :
  • Menggalakkan murid lebih inovatif dan kreatif dengan mewujudkan pertandingan kawad yang luar dari kebiasaan
  • Membina keyakinan ahli kadet bahawa mereka
  • berpotensi menjadi individu, murid dan pemimpin yang cemerlang, gemilang dan terbilang.    
  • Memberi kesedaran dan peluang untuk memahami diri sendiri serta orang lain ke arah membentuk perkembangan diri yang positif.
  • Memberi pengalaman, pengetahuan dan kemahiran untuk mengendalikan aktiviti seharian yang seimbang bagi mencapai kecemerlangan diri dari aspek jasmani, emosi dan rohani.
  • Membina konsep kendiri yang positif dan penghargaan diri yang tinggi supaya mempunyai perasaan hormat diri yang baik, realistik, mempunyai kebolehan memajukan diri serta menjadi lebih yakin dan berkebolehan menghadapi sebarang masalah serta mampu mengendalikannya.
  • Mewujudkan kesedaran ahli kadet kepada kebolehan, keupayaan serta tanggungjawab dirinya sebagai individu kepada keluarga, agama, masyarakat dan negara.

SASARAN:            AHLI-AHLI KADET PASUKAN BADAN BERUNIFORM DARI SELURUH MALAYSIA

SYARAT PERTANDINGAN KAWAD KREATIF 1.0  TAHUN 2012

PENYERTAAN

Penyertaan adalah terbuka dan atas jemputan kepada pasukan-pasukan Pasukan Badan Beruniform di sekolah-sekolah menengah kerajaan dan bantuan kerajaan sahaja.

Hanya pasukan yang DIJEMPUT sahaja dibenarkan bertanding.

Platun yang bertanding boleh dianggotai oleh murid-murid dari sebuah sekolah atau gabungan beberapa buah sekolah.

PENDAFTARAN

  • Anggota pasukan dan ketua platun mestilah terdiri daripada murid yang sedang menuntut.
  • Jumlah anggota bagi sesebuah pasukan yang didaftarkan hendaklah tidak kurang daripada 31 orang dan tidak melebihi 34 orang termasuk seorang ketua platun dan anggota simpanan.
  • Semua anggota yang didaftarkan hanya diterima daripada platun yang dianggotai oleh murid lelaki sahaja atau murid perempuan sahaja.
  • Setiap peserta diminta membawa kad pengenalan/salinan sijil kelahiran yang disahkan (Pengetua) untuk tujuan penyemakan.

PAKAIAN

Pakaian anggota pasukan dan ketua platun hendaklah pakaian rasmi Pasukan Badan Beruniform masing-masing yang lengkap.

PADANG KAWAD
Keluasan litar pertandingan kawad ialah 30 m X 20 m

MASA PERSEMBAHAN

Masa Persembahan sepenuhnya bagi sesebuah pasukan ialah 9 minit. Pemberian markah diberi apabila platun bergerak masuk ke padang kawad dan berdasarkan persembahan dalam tempoh yang ditetapkan sehingga semua anggota keluar dari padang kawad. Selepas 9 minit persembahan tidak dinilai dan markah tidak diberi.

Masa persembahan diambil kira bermula apabila ketua platun memberi tabik hormat selepas platun bergerak masuk ke padang kawad (anggota platun yang lain berada dalam tiga barisan dibelakang ketua platun di padang kawad) dan masa tamat dikira apabila peserta terakhir melangkah keluar padang kawad.

Isyarat tamat masa pertandingan akan diberi oleh penjaga masa

PELAKSANAAN PERTANDINGAN

PERGERAKAN KAWAD

Semua pergerakan kawad mestilah mematuhi kawad Pasukan Badan Beruniform masing-masing yang telah ditetapkan.

BILANGAN ANGGOTA

Setiap pasukan hendaklah dianggotai oleh 31 anggota termasuk ketua platun ketika bertanding.

Jika ada anggota yang bertanding tidak dapat meneruskan pertandingan, atas apa jua sebab sehingga menyebabkan bilangan anggota pasukan kurang daripada yang ditetapkan maka markah akan ditolak (iaitu ditolak 5 markah bagi setiap anggota yang kurang).

Tiada sebarang penggantian anggota ketika pertandingan kawad sedang berjalan. Penggantian hanya boleh dilakukan sebelum pertandingan kawad dijalankan untuk setiap pasukan.

PERGERAKAN MEMBENTUK FORMASI

Platun akan mempersembahkan pergerakan membentuk formasi mengikut kreativiti skuad/platun masing-masing berdasarkan muzik/lagu yang dibenarkan (semua lagu yang digunakan hendaklah mendapat kebenaran Jawatankuasa Teknik Pertandingan).

TIDAK BOLEH memberi isyarat pergerakan atau bunyi seperti hentak kaki, up atau ‘pssss’ bagi mengendalikan platun tersebut kecuali isyarat permulaan (hentak kaki) formasi dari ketua platun sahaja.

Unsur suara dibenarkan kepada platun tetapi bukannya untuk tujuan memberi hukuman/arahan kawad formasi.

Ketua platun mesti masuk dalam persembahan formasi.

Pergerakan selain daripada kawad (contoh silat, tatu, dll.) dibenarkan tetapi tidak melebihi 8 pergerakan.

Penalti akan diberikan untuk kesalahan-kesalahan berikut :

  • Keluar kawasan
  • Memberi isyarat dll.

Menggunakan peralatan yang bersesuaian dengan persembahan formasi (bendera, tongkat dan lain-lain yang dibenarkan oleh Jawatankuasa Teknik Pertandingan) semasa membuat persembahan. Alatan mesti dibawa masuk bersama platun semasa platun bergerak masuk ke padang kawad.

MUZIK

Pasukan yang bertanding hendaklah mengisi borang pilihan lagu dan alatan yang akan digunakan semasa pertandingan tersebut. (Borang tersebut hendaklah diserahkan kepada Jawatankuasa Teknik pada tarikh yang ditetapkan sebelum pertandingan).
Pasukan yang bertanding perlu sediakan muzik dalam bentuk CD,DVD dan USB untuk persembahan.
Muzik yang dimainkan mestilah muzik instrumental tanpa nyanyian.
Pilihan/rentak lagu perlulah bersesuaian dengan persembahan/pergerakan formasi/kawad.

PENGHAKIMAN

Hakim terdiri daripada hakim-hakim yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Urusetia Pertandingan.

Untuk pengiraan markah keseluruhan, markah purata akan diambil kira untuk menentukan kedudukan.

Penalti -5 markah akan dikenakan kepada mana-mana pasukan yang tidak mematuhi (setiap)
syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Keputusan hakim adalah muktamad,